Berita Sekolah

Info Maklumat Terkini SMAP Kajang

Ahlan Wa Sahlan Abati!

Ahlan Wa Sahlan Abati!

Pada 17 Februari 2025, Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid telah diadakan di dewan sekolah bagi mengiktiraf pelantikan pemimpin baharu sekolah serta memperkenalkan Pengetua baharu, Tn Hj Abd Rashid bin Zainal kepada seluruh warga sekolah. Majlis dimulakan...

Terima kasih Bonda!

Terima kasih Bonda!

Majlis Tautan Kasih Bonda Hajah Salmah diadakan pada 31 Januari 2025 berlangsung dengan penuh emosi dan kenangan manis, menghimpunkan murid-murid batch Fiddin (SPM 2024) bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Bonda. Suasana dipenuhi dengan ucapan penghargaan, persembahan khas, dan sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan. Semua yang hadir berkongsi detik indah dan mendoakan kejayaan serta kebahagiaan buat Bonda Hjh Salmah yang akan bertukar ke SM Arab (JAIM) Al Ahmadi, Melaka. Dalam ucapan beliau, Bonda Hjh Salmah mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dan berharap agar ikatan silaturahim terus berkekalan. Majlis berakhir dengan sesi jamuan dan salam perpisahan yang penuh emosi serta kenangan manis. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SMAPK yang baharu Tn Hj Abd Rashid bin Zainal.
Manakala pada 12 Februari pula diadakan Majlis Tautan Kasih Seindah Kenangan bersama Bonda dan guru-guru di Mines Beach Resort. Majlis ini turut diadakan untuk menghargai jasa dan sumbangan cikgu Waheeda yang akan memulakan tugas di sekolah baharu , SMK Taman Jasmine, Kajang. Warga SMAPK sentiasa mendoakan agar perjalanan dua insan hebat ini sentiasa dimudahkan.

Bengkel website sekolah

Bengkel website sekolah

Pada 17 Mei 2023, SMAPK mengadakan bengkel pembangunan laman web sekolah yang dihadiri oleh 10 orang guru dan AKP. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran peserta dalam pembangunan laman web. Mereka mempelajari konsep dasar, pengaturcaraan,...

Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik

Pada tanggal 15 Mei hingga 19 Mei 2023, SMAP Kajang mengadakan Ujian Diagnostik bagi pelajar tingktan 1 hingga tingkatan 5. Ujian ini bertujuan untuk menilai kemajuan dan tahap pencapain murid dalam berbagai mata pelajaran.

PROGRAM MATEMATIK

PROGRAM MATEMATIK

Kajang, 30 Ogos 2023 - SMAP Kajang telah menganjurkan satu program matematik yang bertujuan untuk menginspirasi dan memotivasikan murid dalam pembelajaran matematik. Program ini telah dihadiri oleh murid-murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang bersemangat untuk...

Belajar Kemaskini Website

Belajar Kemaskini Website

Pada 17hb Mei 2023, sepuluh orang guru SMAP Kajang akan berpeluang mengikuti sesi kemaskini website yang bertujuan memperbaharui kehadiran digital sekolah. Dalam era digital yang semakin pesat, penting bagi setiap institusi pendidikan untuk mempunyai laman web yang...

Cabaran Debat Za’ba UKM

Cabaran Debat Za’ba UKM

Tahniah pasukan debat Smapk yang telah medapat johan dalam debat bahas Melayu menewaskan MRSM Kuantan. Pasukan debat SMAP tediri daripada Azhad Hafiz, Muhammad Zaim, Mohd Dinsabqi sebagai pembahas terbaik dan Irfan Najmi. Pasukan pelapis terdiri daripada Ahmad Soleh,...

KOR KADET POLIS SMAPK

KOR KADET POLIS SMAPK

19 Februari. Program pengenalan senjata M16. Aktiviti pasukan Kor Kadet Polis SMAPK iaitu latihan buka dan pasang senjata M16 memberi pengalaman baru kepada semua pelajar Kor Kadet Polis. Aktiviti ini dijalankan bersama Cawangan Persenjataan IPD Kajang yang...