! أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Warga SM Agama Persekutuan Kajang dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Encik Azrul Hisham bin Marzuki sebagai Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu bermula 22 Mei 2025.

Encik Azrul diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas PK Kokurilukum menggantikan Datin Hajah Rafidah binti Mohd Nor yang telah bersara pada 1 Mac 2025 yang lalu. Warga SMAPK juga tidak lupa mengucapkan setinggi penghargaan atas sumbangan penuh dedikasi dan cemerlang daripada mantan PK Korikulum SMAPK, Datin Hajah Rafidah. Selamat Bersara Cikgu!

Ucapan Selamat Datang buat En Azrul, Berbekalkan dengan pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan kepimpinan kokurikulum, kami yakin bahawa beliau mampu menyuntik idea-idea segar serta memperkasakan lagi penglibatan murid dalam bidang sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga kehadiran beliau dapat terus memacu kecemerlangan kokurikulum murid-murid SMAPK ke arah yang lebih gemilang dan holistik. 🌱

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya !

Selamat Bersara Cikgu!