Pada 16 Mei 2025, majlis bacaan perutusan sempena Sambutan Hari Guru telah diadakan di dataran perhimpunan SMAPK. Abati, Tn Hj Abd Rashid membacakan Perutusan Hari Guru daripada YB Menteri Pendidikan, manakala Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hjh Zarina membacakan perutusan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Suasana sambutan majlis yang ringkas namun meriah dan penuh kegembiraan, disulami senyuman para guru. Acara diakhiri dengan nyanyian penuh semangat lagu Kami Guru Malaysia oleh semua guru sebagai lambang kesatuan dan dedikasi warga pendidik. Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru smapk.
Terima kasih cikgu!
Maafkan kami cikgu!
Kami sayang cikgu!


Recent Comments