Tahun baru telah pun bermula dan pastinya kita semua mempunyai azam dan tekad baru bagi menempuh tahun baru.

“Sesungguhnya setiap amal pekerjaan itu (bergantung) kepada niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Realisasikan azam dengan penuh iltizam melalui :

🔑 Perancangan, pengurusan dan strategi yang baik.

🔑 Pelaksanaan yang baik dan istiqamah.

🔑 Membuat penilaian dan muhasabah diri.

🔑 Tawakal kepada Allah.

Selamat menjayakan azammu wahai anak-anak SMAPK!