Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada Pn Azzah bt Samsudin (Pembantu Tadbir dan Warden Aspuri) atas kehilangan ibunda tercinta Allahyarham Sapiah bt Saad pada 31 Oktober 2019 yang lalu. Sekolah diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Musalmah bt Abu Bakar telah melawat Pn Azzah dan keluarga di Kg Lakai, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى…فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Maksudnya: Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang tertentu…bersabarlah dan haraplah pahala daripada Allah.