Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kami ingin memaklumkan perkembangan terkini salah seorang warga pendidik SMAPK, Ustazah Che Som yang telah dirawat di Hospital Serdang hampir 2 minggu. Ustazah Che Som pada awalnya telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada bulan Oktober kerana didiagnos Pneumothorax (paru-paru bocor). Keadaan beliau semakin baik namun seperti yang dimaklumkan keadaannya menjadi kurang stabil lewat pagi tadi apabila 3 tiub perlu dipasang untuk mengeluarkan udara yang terkumpul di ruang pleura bagi memastikan pengembangan semula paru-paru.
Justeru , kami memohon agar semua pihak mendoakan kesembuhan paling terbaik untuk ustazah Che Som yang juga merupakan guru Bahasa Arab di SMAPK.