Tahniah dan kesyukuran kami panjatkan kehadrat Ilahi atas anugerah bakat dan kehebatan untuk kesemua murid Tingkatan 3 :

Salahuddin b Abdul Rahman dan Muhammd Irfan Haziq b Azhar (pemenang pingat Emas bagi Drone Operating) juga Muhammad Irfan Syaukani b Zulkifli dan Muhammad Hafiz Imran b Hairul Nizam (pemenang pingat emas bagi Kategori Mobile Robotik) manakala Muhammad Afiq Iman b Mohamad Yusuf dan Muhammad Aiman b Abdul Manan (pemenang pingat Perak bagi kategori Mobile Robotik atas kejayaan luar biasa mereka dalam JuniorSkill (JSM2019) Malaysia bersempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019. Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri adalah anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran yang mula diperkenalkan pada 1991. Majlis yang diadakan di PICC pada 19 November 2019 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua guru pembimbing yang membantu menjadikan kejayaan ini satu realiti.

Syukur, Tahniah dan Syabas!