Murid
GURU
STAF
MATA PELAJARAN
Profil Sekolah

TN HJ ABD RASHID BIN ZAINAL
PENGETUA
SEJARAH SEKOLAH
SMAPK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu buat sementara waktu bersama pengetua pertama, Ustaz Mohd Saim Bin Ithnin serta 5 orang guru perintis. Pada 12 Julai 1990, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah berpindah ke lokasi tetapnya di Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 2024, 11 orang pengetua telah menjadi peneraju SMAPK. Pengetua kedua ialah Ustaz Marzuki Abdul Hamid diikuti Pengetua ketiga, Ustazah Hjh Jumaiyah bt Haji Hashim, pengetua seterusnya, Ustazah Norhayati bt Lebai Isa, Tuan Syed Baharom Syed Hussien, Puan Hjh Aminah binti Idris, Tuan Hj Sakijan Bin Muri, Tuan Hj Abdul Aziz bin Mahmud, Tuan Hj Ahmad Shafrin bin Abdul Aziz, Tuan Hj Mohd Nordin bin Mohd Tohir, Pn Hjh Salmah binti Hj Yaacob dan yang terkini adalah Tn Hj Abd Rashid bin Zainal.
Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Putrajaya serta Kuala Lumpur dan juga pelbagai universiti awam dan swasta menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah menjadi tumpuan malah terkenal di seluruh negara.

Pn Hjh Zarina binti Abd Rani
PEN KANAN PENTADBIRAN

Tn Hj Kosim bin Abdul Ghani
PEN KANAN HAL EHWAL MURID

PEN KANAN KOKURIKULUM
Ahlan Wa Sahlan Abati!
Pada 17 Februari 2025, Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid telah diadakan di dewan sekolah bagi mengiktiraf pelantikan pemimpin baharu sekolah serta memperkenalkan Pengetua baharu, Tn Hj Abd Rashid bin Zainal kepada seluruh warga sekolah. Majlis dimulakan...
Terima kasih Bonda!
Majlis Tautan Kasih Bonda Hajah Salmah diadakan pada 31 Januari 2025 berlangsung dengan penuh emosi dan kenangan manis, menghimpunkan murid-murid batch Fiddin (SPM 2024) bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Bonda. Suasana dipenuhi dengan ucapan penghargaan, persembahan khas, dan sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan. Semua yang hadir berkongsi detik indah dan mendoakan kejayaan serta kebahagiaan buat Bonda Hjh Salmah yang akan bertukar ke SM Arab (JAIM) Al Ahmadi, Melaka. Dalam ucapan beliau, Bonda Hjh Salmah mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dan berharap agar ikatan silaturahim terus berkekalan. Majlis berakhir dengan sesi jamuan dan salam perpisahan yang penuh emosi serta kenangan manis. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SMAPK yang baharu Tn Hj Abd Rashid bin Zainal.
Manakala pada 12 Februari pula diadakan Majlis Tautan Kasih Seindah Kenangan bersama Bonda dan guru-guru di Mines Beach Resort. Majlis ini turut diadakan untuk menghargai jasa dan sumbangan cikgu Waheeda yang akan memulakan tugas di sekolah baharu , SMK Taman Jasmine, Kajang. Warga SMAPK sentiasa mendoakan agar perjalanan dua insan hebat ini sentiasa dimudahkan.
Kejayaan Pasukan Gamelan SMA Persekutuan Kajang di Pertandingan Muzik Gamelan Melayu SBP Tahun 2023
Kajang, 25 Jun 2023 - Pasukan Gamelan SMA Persekutuan Kajang telah mencapai kejayaan gemilang dalam Pertandingan Muzik Gamelan Melayu SBP Tahun 2023 yang berlangsung di SBPI Kubang Pasu dari 23 hingga 25 Jun 2023. Mereka telah meraih anugerah Gangsa dalam peringkat...
Kursus Badan Kepimpinan Murid (BKM) SMA Persekutuan Kajang
Kursus Badan Kepimpinan Murid (BKM) SMA Persekutuan Kajang yang diadakan pada 16 dan 17 Jun 2023 di Dewan Nik Muhd. Mahyudin telah menyaksikan kehadiran 60 orang peserta dari SMA Persekutuan Kajang. Dari jumlah tersebut, 22 orang adalah pelajar lelaki dari tingkatan...
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Peringkat Zon di ASIS
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS) menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Peringkat Zon pada tarikh 16 hingga 18 Jun 2023. Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari...
SMAPK KONSISTEN TERUS CEMERLANG
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang mencatatkan pencapaian cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dengan mendapat prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.70. Kejayaan ini membuktikan keunggulan dan kecemerlangan...
SPM
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Takwim Sekolah
Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun
Merah
Semangat Cinta Akan Negara
Warna Hijau
Warna kedamaian
Buku
Mementingkan Akademik
Panca Garisan
Melambangkan sentiasa menuju ke arah kecemerlangan dan keredhaan Allah berasaskan Rukun Islam

Bulatan
Melambangkan kepentingan Ilmu, Iman dan Amal diterapkan dalam kalangan warga sekolah selari dengan moto sekolah
Tangkai Padi
Melambangkan amalan atau kebajikan akan terus bertambah dari masa ke semasa
Kompas
Melambangkan kesungguhan untuk mencapai kejayaan
Warna Kuning & Merah
Warna Bendera Negeri Selangor
Lagu Sekolah
Sekolahku yang tercinta,
Kami belajar kami dididik oleh guru-guru berwibawa,
Bagi mencapai cita-cita wawasan negara
Itulah janji itulah tekad,
Semoga Allah memberi rahmat,
Berganding bahu, besatu padu
Taat, setia, bekerjasama
Ke arah kecermelangan berwawasan,
Intelek, rohani, emosi, jasmani
SMAPK
Melahirkan ummah
Gagah bermaruah
Generasi progresifangkatan pembela
Agama, nusa dan bangsa,
Itulah janji itulah tekad
Semoga Allah memberi rahmat,
Semoga Alllah memberi rahmat,
Semoga kan dirahmati
Lagu Sekolah
Kami di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut
MISI KPM
VISI KAMI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
SLOGAN SEKOLAH
‘‘ENDURING EXCELLENCE’’
Slogan ini diilhamkan oleh Pengetua SMAPK yang ke -11, Bonda Hjh Salmah binti Hj Yaacob membawa maksud bagaimana sekolah menunjukkan daya tahan dan berdaya saing untuk mencapai prestasi terbaik dalam kalangan sekolah berasrama penuh di Malaysia khususnya.
Selain itu, sekolah akan sentiasa memberi tumpuan kepada kemenjadian murid bukan sahaja daripada segi kecemerlangan akademik malah merangkumi akhlak dan sahsiah terpuji.
OBJEKTIF KPM
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;
Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.
MISI KAMI
MOTTO SEKOLAH
Ilmu, Iman , Amal
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif
SMAP KAJANG

Batu 13, Jalan Cheras Kajang, Selangor, Malaysia