Majlis Tautan Kasih Bonda Hajah Salmah diadakan pada 31 Januari 2025 berlangsung dengan penuh emosi dan kenangan manis, menghimpunkan murid-murid batch Fiddin (SPM 2024) bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Bonda. Suasana dipenuhi dengan ucapan penghargaan, persembahan khas, dan sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan. Semua yang hadir berkongsi detik indah dan mendoakan kejayaan serta kebahagiaan buat Bonda Hjh Salmah yang akan bertukar ke SM Arab (JAIM) Al Ahmadi, Melaka.

Dalam ucapan beliau, Bonda Hjh Salmah mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dan berharap agar ikatan silaturahim terus berkekalan. Majlis berakhir dengan sesi jamuan dan salam perpisahan yang penuh emosi serta kenangan manis. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SMAPK yang baharu Tn Hj Abd Rashid bin Zainal.

Manakala pada 12 Februari pula diadakan Majlis Tautan Kasih Seindah Kenangan bersama Bonda dan guru-guru di Mines Beach Resort. Majlis ini turut diadakan untuk menghargai jasa dan sumbangan cikgu Waheeda yang akan memulakan tugas di sekolah baharu , SMK Taman Jasmine, Kajang. Warga SMAPK sentiasa mendoakan agar perjalanan dua insan hebat ini sentiasa dimudahkan.