Pada 17 Februari 2025, Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid telah diadakan di dewan sekolah bagi mengiktiraf pelantikan pemimpin baharu sekolah serta memperkenalkan Pengetua baharu, Tn Hj Abd Rashid bin Zainal kepada seluruh warga sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil guru, diikuti dengan penyampaian watikah kepada pemimpin murid seperti pengawas sekolah (PP), pengawas BADAR, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Pengawas Koperasi. Seterusnya, sesi pengenalan Pengetua baharu berlangsung, di mana Tn Hj Abd Rashid bin Zainal menyampaikan amanat dan visi untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Majlis yang penuh bermakna ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan, melambangkan semangat baharu dalam kepimpinan sekolah.