Hari jumaat yang mulia 11 Rabiulawal bersamaan 8 November Smap Kajang mengadakan ceramah Khas bagi mengingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW pada 12 rabiualawal tahun hijrah. Ceramah bertajuk “Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman” ini disampaikan oleh Dr Mohd Izwan bin Md Yusof bertempat di masjid al-Ihsan Smap Kajang bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Semua pelajar tingkatan 1 hingga 4 wajib hadir ceramah ini. Turut hadir guru dan staf yang berkelapangan.

Moga majlis ini dapat memberi semangat kepada pelajar, guru dan staf dalam mengingati dan meneladani perjuangan junjungan besar nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.