Ayuh doakan

Setelah lima tahun menempuh pembelajaran dari Tingkatan, seramai 136 calon SMAP Kajang mula mengorak langkah ke Dewan Nik Mahyuddin Wan Musa pada 5 November 2019 bagi menempuh peperiksaan SPM 2019 Fasa 2.

Dikenali dengan nama SWAT1519, angkatan calon SPM 2019 menduduki peperiksaan Fasa 2 ini yang dimulai dengan kertas Bahasa Melayu 1 pada jam 8 pagi. Bersama kita doakan kejayaan semua calon SPM 2019 bagi menjulang 11A+ setelah segala usaha yang telah dicurahkan tanpa mengenal penat dan lelah.